KRIM NB Kelebihan NB SCAR ACNE THERAPY_ ☑sesuai utk semua masalah kulit . ☑masalah parut, Jerawat Jeragat, Kulit kusam insyallah semua boleh rawat. krim Nb Scar Ance Therapy Cream ni krim berubat ade antiseptik ia dapat membunuh kuman sehingga dalam lapisan kulit. Harga mampu milik hanya RM25 #agentsahnb #krimparutjerawatjeragat #krimantiseptik Bmnt blh wassap cikju www.wassap.my/+601139012018/krimnb

Sabtu, 21 Disember 2019

JERAWAT!!!!!

JERAWAAATTTTTT!!!
Ibarat mimpi ngeri bila bangun tidur kemudian belek muka di cermin, tiba-tiba ada seketul jerawat tumbuh riang atas kulit muka kita ni. Urghh bencinya!!
Ada ke orang yang suka mukanya ditumbuhi jerawat?? Rasanya kebanyakan orang tak suka dengan jerawat. Ibarat musuh nombor 1 lah. Cikju yakin semua orang impikan memiliki kulit yang bersih dan bebas jerawat. Tapi malangnya jerawat ni senang sangat nak terjadi dan sangat susah untuk dielakkan tanpa penjagaan muka yang betul. Paling tak pun pasti ada jerawat ringan yang menempel pada kulit muka kita ni ataupun lebih dikenali dengan jerawat nasi. Cikju memang geram dengan jerawat nasi ni. Rasa puas bila dapat keluarkan nasi tu dari kulit.
Tapi tak perlu lah benci sangat dengan jerawat. Sebab apa? Sebab dengan jerawat lah kita dapat tahu yang kulit muka kita ni sebenarnya bersih atau pun tidak. Bila tumbuhnya jerawat kita tahu lah kulit muka kita ni tak bersih dan perlukan penjagaan kulit yang lebih teliti. Walaubagaimanapun kalau yang tumbuh tu sedikit tak pelah, yang menjadi mimpi ngeri tu bila jerawat yang tumbuh tu sangat banyak dan meninggalkan parut di muka. Yang paling teruk adalah parut yang berlubang-lubang. Macam kawah bulan orang kata.
Apa sebenarnya punca yang menyebabkan jerawat tumbuh?Sebelum kita mengetahu tentang punca jom kita kenali dulu jenis jerawat yang ada pada muka.

5 JENIS JERAWAT YANG PERLU ANDA TAHU.
1.PAPULES
Merupakan sejenis jerawat radang pada kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan pada kulit.
2.PUSTULES
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang bersama dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
3. WHITEHEAD
Whiteheads terjadi bila pori muka tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum(minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati. Jerawat ni yang dipanggil jerawat nasi.
4.BLACKHEAD
Blackhead pula adik beradik kepada whitehead dan susah untuk dikeluarkan dari kulit muka. Ianya terjadi apabila whitehead tidak dibersihkan maka tterhasil lah blackhead.
5. NODULES
Ia adalah sejenis jerawat kronik jika tidak dirawat daripada awal. Nodules terdiri daripada benjolan yang keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang.  Jerawat jenis ini lah penyumbang kepada kulit berlubang. Walaupun ia sudah kecut, jika tidak dirawat dengan betul nodule ini boleh muncul semula.
Sekarang kita kenali pula punca-punca terjadinya jerawat. Ada banyak punca sebenarnya yang menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, izinkan Cikju untuk terangkan lebih lanjut tentang punca-punca terhasilnya jerawat.

KENALI 4 PUNCA PENYEBAB JERAWAT
1. Hormon Dan Jerawat
kulit berminyak biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron yang menyebakan pertumbuhan jerawat. Bagi wanita pula disebabkan tingginya kadar progesteron beberapa saat sebelum menstruasi dan naiknya kadar testosterone menjelang menstruasi akan mengaktifkan kelenjar minyak dan menyebabkan pori kulit tersumbat..
2. Stress dan Jerawat
Korang perasan tak kalau korang stress mesti ada jerawat timbul kat muka. Kalau yang memang muka dah berjerawat tu lagi teruk la simptom jerawatnya. Tetapi jangan risau, ianya boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Kalau korang nak tahu bila kita berada dalam keadaan stress, adneralin serta hormon androgen dalam badan kita akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.
3. Alat Solek Dan Jerawat
Ha siapa kat sini yang suka bersolek atau bermakeup?? Mostly perempuan lah kan yang suka bersolek ni. Alat soleh pun boleh menjadi punca jerawat tumbuh, namun begitu ianya bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit. Tetapi kalau korang tak membersihkan kulit muka dengan betul selepas memakai alat solek ia boleh memburukkan keadaan jerawat pada kulit muka anda. Selain itu pastikan korang menjaga kebersihan berus makeup korang tau. Kalau kotor bakteria pun suka melekat dekat situ lepas tu kita guna pula pada muka. Memang mengundang jerawat lah.
4. Pemakanan dan Jerawat
Sebenarnyaa punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan terperinci. namun hakikatnya diet memang mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan korang, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan juga leher.
5. Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
6. Pakaian Dan Jerawat
Tak ramai yang mengalami masalah jerawat di belakang badan, namun masih juga ada segelintir yang mengalami masalah ini.  Jerawat di belakang badan ini adalah disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim seperti di Malaysia yang panas dan lembab. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Rajin-rajin kan diri untuk mandi bila dah berpeluh tu. Kulit yang bersih membebaskan badan korang dari dibelengu jerawat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NURFELLA BEAUTY (NB) SCAR ACNE THERAPY CREAM (NEW TRIAL PACK - 5GM)

 NB trial pack 5g FUNGSI NB SCAR ACNE THERAPY CREAM  Memudarkan & menghilangkan parut lekuk  Mengecutkan jerawat Membantu mengan...